BMM2064

Kursus ini menjelaskan tentang pembangunan bahan PdP Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.  Dalam proses penghasilan bahan PdP ini, konsep serta kemahiran yang akan didedahkan adalah  penggunaan Internet; sumber Internet; garis panduan dan etika; cara penghasilan bahan pembelajaran digital dan laman web; penggunaan Struktur Perpautan;  model-model pengajaran berbantukan komputer; pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Talian; penggunaan alat pengarangan dan animasi dalam bahan PdP; dan penggunaan penilaian secara digital.  Di akhir kursus,  seminar dan pameran dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) akan dilaksanakan.


Objektif Kursus

  1. Mengaplikasi pengetahuan tentang  Internet, laman web, pembelajaran secara Dalam Talian dan Luar Talian, model pengajaran dan penyusunan bahan, pengeditan bahan dan penilaian digital dalam proses membina bahan bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
  2. Memilih bahan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
  3. Membina bahan pengajaran secara Dalam Talian atau Luar Talian Bahasa Melayu.
  4. Mengedit bahan pengajaran secara Dalam Talian atau Luar Talian Bahasa Melayu.
  5. Mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.